Nasib Muhyiddin bergantung PRN Sabah


Chan Kok Leong

Muhyiddin hadapi masalah berhubung dengan kerjasama beliau dengan Barisan Nasional yang menyokong dirinya sebagai perdana menteri sebelum ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 September, 2020.

MUHYIDDIN Yassin tidak dapat mengabaikan dakwaan mengejut Anwar Ibrahim pada hari Rabu ketika memberikan ucapan siaran langsung berhubung pakej Kita Prihatin bernilai RM10 bilion.

“Apa yang diperlukan adalah kerajaan yang stabil didukung oleh anda semua kerana sangat penting untuk memastikan lebih banyak inisiatif bagi memulihkan ekonomi dilaksanakan oleh kerajaan.

“Saya merayu kepada anda semua untuk menolak tindakan sekelompok kecil ahli politik yang dengan sengaja berusaha mengganggu rancangan kestabilan politik dan pemulihan ekonomi kita,” kata perdana menteri itu sambil mengakhiri ucapan berhubung Kita Prihatin sekitar jam 3 petang semalam.

Anwar yang merupakan ketua pembangkang mendakwa bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah jatuh dan beliau mempunyai majoriti yang kuat untuk menukar tampuk kerajaan.

Pada malam yang sama di Luyang, Kota Kinabalu, Muhyiddin yang berusia 73 tahun masih dilihat terus berkempen untuk SAPP, sebuah parti komponen Perikatan Nasional, beliau menegaskan bahawa dirinya masih menjadi perdana menteri.

Masalah sebenar di Sabah

Namun, selain Anwar Ibrahim, masalah yang perlu Muhyiddin hadapi adalah berhubung dengan kerjasama beliau dengan Barisan Nasional yang dikatakan menyokong dirinya sebagai perdana menteri.

Walaupun sekutu lain, dari PAS dan GPS, berkata mereka masih menyokong beliau setelah dakwaan Anwar itu diumumkan, Muhyiddin tahu bahawa masalah yang perlu beliau berdepan ialah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mungkin berhenti menyokong ahli Parlimen Pagoh itu.

Sebaliknya, Zahid berkata bahawa ahli Parlimen Barisan Nasional bebas memilih siapa yang mereka mahu sokong sebagai perdana menteri. Itu adalah persetujuan diam-diam bagi ahli Parlimen BN menyokong Anwar.

Hal ini sangat penting kerana kerajaan Perikatan Muhyiddin hanya disokong oleh 113 ahli Parlimen dan perubahan pendirian dua ahli Parlimen boleh  menyebabkan pentadbirannya jatuh. β€“ 26 September, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen