Berkenaan jiwa yang tiada erti, pemimpi muda dan keyakinan


BANGUN sahaja mendengar berita, membaca tentang keganasan yang tidak terungkapkan yang terus-menerus melanda negara kita dan dunia yang kita diami, saya tidak dapat membuat apa-apa melainkan merasa pertelingkahan yang jauh dalam diri saya.

Perasaan saya melebihi apa yang seharusnya, terlalu mendalam, dan ini merasai seakan satu sumpahan besar. Terlalu susah untuk diri ini menyayangi dunia sekelilingnya. Rasa tidak ada harapan, tidak ada kuasa ini seolah-olah pasti menang. Harapan, ternyata jauh sekali.

Bagaimana kita menanam benih-benih harapan?

Saya bertanya soalan ini berulang-ulang kali.

Kita hidup dalam zaman mana nyawa manusia hanya nombor, sempadan, pasport, kewarganegaraan. Kita hidup dalam zaman mana nyawa manusia ditangani sebagai subjek akademik. Kita hidup dalam zaman mana nyawa manusia ditelingkahkan seolah hanya sebagai pandangan semata-mata.

Tetapi, kebenaran lebih gagah daripada kepalsuan. Martabat manusia tidak boleh dirunding. Kita harus melawan perang terhadap kemanusiaan. Naratif-naratif yang membinasakan mesti dirombak.

Saya mengingati kata-kata antara seorang pemikir feminis yang paling tersohor, Audre Lorde. Dia mengatakan: “memelihara diri bukannya pemanjaan diri, ia adalah kelestarian diri, dan ia adalah satu tindakan perang politik.”

Kata-kata yang luar biasa ini menyedarkan saya bahawa tidak perlunya saya melakukan perlawanan ini seorang diri. Kita tidak perlu berseorangan dalam melawan perang ini.

Dalam bilangan yang ramai, adanya kekuatan. Dalam keyakinan, selalunya ada kekuatan. Saya mengatakan kepada diri, saya ingin percaya kepada keyakinan kerana keyakinan sahaja yang saya ada. Keyakinan sahaja yang kita semua ada.

Dengan keyakinan, kita boleh secara kolektif mengubah amarah, cinta dan kebencian kita terhadap kezaliman kepada aksi-aksi radikal yang akan mengubah struktur lama dan penghalang yang kita sekarang dipaksa untuk hidup dan menjiwai.

Struktur-struktur yang tidak dibina untuk menampung kemanusiaan kita. Struktur-struktur yang dibina untuk menyisihkan dan meminggirkan. Struktur-struktur yang dibina untuk membinasakan kemanusiaan kita. Struktur-struktur yang memusnahkan semua impian kita.

Keyakinan boleh menjadi satu alat yang ampuh untuk membina negara dan dunia yang selama ini kita impikan. Dunia ini yang miliknya semua. Dunia yang dikendalikan melalui kasih radikal. Dunia yang didorong pengimpi-pengimpi muda.

Saya mengingati diri bahawa kita masih tidak tewas. Keheningan yang berkembang dalam minda kita akan kemudiannya hilang. Hura-hara yang mengganasi jiwa kita akan sudahnya reda. Kebebasan harus patut direbut.

Tangisan, keyakinan, jalan-jalan berliku tidak akan hilang sia-sia begitu sahaja. Adanya keriangan hati yang besar dalam ikatan murni yang dikongsi bersama kita. Kerananya tidak akan kita bebas selagi adanya mereka yang dirantai oleh keganasan kemiskinan, ketidaksamarataan dan peperangan.

Apa yang pengimpi muda boleh lakukan untuk membentuk satu dunia yang baru, dan adil untuk semua manusia?

Bagaimana boleh golongan muda merdekakan diri daripada rantai-rantai karat dan usang yang menghambat imaginasi?

Adakah politik tua akan melepaskan golongan muda supaya mereka boleh membentuk kemungkinan-kemungkinan baru?

Penyajak, penulis dan pendidik June Jordon pernah berkongsi:

“...kita mengutuk mereka, anak-anak kita, kerana mencari masa depan yang berbeza. Kita membenci mereka kerana bunga-bunga mereka, kasih sayang mereka, dan penolakan jelas mereka terhadap setiap tolak ansur jijik, dan salah yang kita lakukan sepanjang kehidupan dewasa kita yang penuh dengan kekosongan, pengejaran kekayaan dan ketakutan.

Banyak yang telah diperkatakan tentang golongan muda – yang mereka apolitis, lesu, yang mereka punca keadaan semasa.

Saya sempat bertemu ramai anak muda yang memahami bahawa politik adalah lebih besar daripada apa yang ditawarkan oleh sistem sedia ada. Mereka memahami bahawa kita harus mula merombak struktur-struktur yang menghalang kita daripada melakukan perubahan yang nyata, bermakna dan radikal.

Anak muda mempunyai keyakinan yang lebih besar daripada apa yang kita ada.

Dalam menghadapi realiti yang tidak dapat dielakkan ini, pengimpi muda harus bergerak untuk merebut kembali suara mereka dan menentukan nasib dan masa depan mereka sendiri.

Adanya satu kutipan daripada rakan saya yang ingin saya kongsikan. Dia berkata:

“Dunia ini selamanya milik anak muda.” – 9 Disember, 2017.

* Teks ini disampaikan di pelancaran Laporan Hak Asasi Manusia Suaram 2017.

* Fadiah Nadwa Fikri adalah seorang penggerak Malaysia Muda.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen