13 individu pulang dari luar negara dirawat di hospital, kata menteri 


Aminah Farid

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata memberi amaran agar warga Malaysia yang pulang dari luar negara membayar kos kuarantin wajib.– Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Ogos, 2020.

TIGA belas daripada 5,355 individu yang pulang dari luar negara menerusi balai ketibaan antarabangsa antara 24 Julai dan 4 Ogos dimasukkan ke hospital untik rawatan Covid-19, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob. 

5,342 lagi ditempatkan sementara di 21 buah hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA) di seluruh Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Sarawak, Selangor, Perak dan Johor.

Semalam, Ismail Sabri memberi amaran rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara gagal membayar kos kuarantin wajib 14 hari akan dikenakan saman dan berdepan tindakan undang-undang. 

Kos berkenaan adalah RM150 sehari untuk 14 hari.

Beliau berkata, caj itu adalah sama tanpa mengira sama ada mereka ditempatkan di pusat kuarantin, hotel atau ILA. 

Ismail berkata, bayaran itu perlu dibuat dalam tempoh 14 hari mereka berada d hotel atau kemudahan kerajaan. Mereka yang gagal berbuat demikian akan didenda RM1,000 dan berdepan tindakan mahkamah. 

Semalam, polis menjalankan pemeriksaan ke atas 1,969 individu yang menjalani kuarantin rumah.   

Polis dan petugas kesihatan akan terus memantau dan memeriksa mereka bagi memastikan pematuhan, kata menteri. – 5 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen