127 individu ditahan ingkar PKPP 


Aminah Farid

127 individu ditahan oleh pihak berkuasa semalam kerana gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan.

Lapan daripada mereka direman manakala 119 lai dikenakan kompaun.

65 daripada 127 individu terbabit gagal mematuhi prosedur di bawah PKPP, manakala 62 lagi melanggar peraturan penjarakan fizikal dan berada di tempat sesak.

Ahad lalu, pihak berkuasa turut menahan 127 individu kerana tidak memakai pelitup muka selepas kerajaan mewajibkan ia dipakai di tempat awam dan sesak serta dalam pengangkutan awam.

Menteri kanan itu berkata mereka merupakan antara 315 individu yang ditahan kerana ingkar PKPP.

Kerajaan pada 23 Julai lalu mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam berkuatkuasa 1 Ogos.

Mereka yang gagal mematuhi syarat berkenaan akan dikenakan kompaun RM1,000 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. – 5 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen