Siasatan kematian Adib perlu diperhebat, kata Zuraida


Aminah Farid

Anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah ketika bertugas dalam satu insiden rusuhan di sebuah kuil di Subang Jaya.– Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Ogos, 2020.

POLIS perlu memperhebatkan siasatan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, kata Zuraida Kamaruddin hari ini.

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat cuba mendapatkan perkembangan siasatan dengan polis dimaklumkan masih tiada perkembangan baharu.

“Kita mahu siasatan ini diperhebatkan sekarang, mungkin tambah saksi baharu untuk membantu siasatan,” kata menteri berkenaan.

Adib, 24 mengalami kecederaan parah ketika bertugas dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November, 2018.

Beliau meninggal dunia 21 hari kemudian pada 17 Disember di Institut Jantung Negara.

Pada September 2019, Koroner Rofiah Mohamad mengatakan kematian Adib adalah disebabkan tindakan jenayah.

Bulan lalu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata beliau merancang untuk menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kematian Adib.

Keluarga Adib merancang untuk menyaman pihak polis dan menuntut pampasan tas dakwaan kecuaian dan kegagalan pihak berkenaan untuk menghalang kematian anggota bomba berkenaan.

Hamid Bador berkata, ia merupakan hak keluarga berkenaan untuk memfailkan saman sekiranya tidak berpuas hati dengan siasatan polis dalam kes Adib. – 3 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Dah tak ada tempat bersandar maka sekarang bisinglah geng AA nak dapat sokongan kaum melayu. Kalau ada bukti tolong pdrm. Ini kes polis yg nak meyibuk buat apa.

    Dimuat naik 3 tahun yang lalu oleh Ameer ameera · Ulasan