Zahid beri isyarat nilai semula hubungan dengan Perikatan


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hadir memberikan tanda sokongan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalma. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Julai, 2020.

AHMAD Zahid Hamidi terus mengeluarkan kenyataan samar sehari selepas Najib Razak disabitkan dengan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

“Untuk berkongsi hidup, apatah lagi berkongsi kuasa, keikhlasan dan kejujuran merupakan prinsip utama perkongsian.

“Apabila keikhlasan dan kejujuran diketepikan, sebarang perkongsian harus dinilai semula,” tulisnya Presiden Umno itu di Facebook tanpa menamakan mana-mana pihak.

Catatan tersebut disertakan dengan tanda pagar #UMNObangkit. 

Semalam selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun kepada Najib dan denda RM210 juta ke atas kes SRC International Zahid berkata parti itu perlu “melakukan sesuatu”.

Beliau berkata Umno menghormati keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Najib dan akan membincangkan arahan parti itu.

“Saya bersedih dan bersimpati kerana beliau merupakan rakan saya, tetapi beliau beritahu bahawa ‘this is not end of the world’.

“Tentunya kita akan mengambil sesuatu keputusan politik yang agak besar hasil daripada keputusan mahkamah yang dibuat hari ini” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas hukuman dijatuhkan semalam. – 29 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen