Syed Saddiq persenda peraturan Finas mengenai lesen video peribadi


Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata memuat naik klip video mengejek Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah menerusi TikTok. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Julai, 2020.

BEKAS menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersendakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkenaan undang-undang pembikinan filem dalam satu video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok.

Dengan menggunakan kucingnya di dalam klip video berkenaan, ahli Parlimen Muar yang berusia 27 tahun menceritakan kisah ringkas menampilkan dirinya dengan peranan berbeza mengenai keadaan pengguna media sosial yang membuat video peribadi tanpa lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Klip berdurasi 15 saat itu yang juga disiarkan ke akaun Twitternya kira-kira jam 8.30 malam itu menarik 44 komen dan lebih 26,000 ulang kicau dan 28,000 suka.

“Semua kena apply lesen? You’ve gotta be kitten (kidding) me,” tulisnya di Twitter.

Saifuddin memberitahu Dewan Rakyat pagi ini bahawa semua pembikin filem mesti mempunyai Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP).

Menurutnya ini terpakai kepada media arus perdana dan pengguna media peribadi yang mempamer filem mereka di platform media sosial. 

Selepas mendapat perhatian di media sosial sepanjang hari ini Saifuddin berkata bahawa kenyataan yang dibuatnya sudah disalaherti.

Beliau juga berkata bahawa Perikatan Nasional tidak berniat menggunakan undang-undang penerbitan filem untuk menyekat kebebasan bersuara di media sosial, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah.

Isu lesen Finas bagi dokumentari dan filem bukan komersial timbul baru-baru ini susulan tindakan tegas terhadap Al Jazeera berhubung dokumentarinya berjudul ” Locked up in Malaysia’s Lockdown”.

Saluran berita antarabangsa itu mendakwa berlaku penganiayaan terhadap pendatang tanpa dokumen semasa perintah kawalan pergerakan bagi mengekang Covid-19.  – 23 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen