Emir Kuwait jalani pembedahan di AS


Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah sebelum ini pernah mendapatkan rawatan kesihatan di AS.– Gambar EPA, 23 Julai, 2020.

EMIR Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, 91, berlepas ke Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan rawatan perubatan, lapor Agensi Berita Anadolu, memetik agensi berita rasmi KUNA pada Khamis.

Beliau selamat menjalani pembedahan pada Ahad, sehari selepas dimasukkan ke hospital.

Mahkamah Diraja berkata Putera Mahkota Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah akan memangku tugas beliau untuk sementara waktu.

Oktober lalu, Sheikh Sabah, yang memerintah Kuwait sejak 2006, pernah ke AS juga untuk menjalani pemeriksaan perubatan.– Bernama, 23 Julai, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen