Universiti awam kekurangan dana di musim Covid-19


Sheridan Mahavera

Pegawai dari kesatuan staf akademik dari lima IPTA terkemuka di Malaysia berharap keadaan di IPTA tidak seperti yang dihadapi rakan sejawat mereka di sektor swasta yang terpaksa berdepan pemotongan gaji. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Julai, 2020.

UNIVERSITI awam bersedia untuk pemotongan dana daripada kerajaan tahun depan kerana Putrajaya sedang dalam proses menghidupkan kembali ekonomi yang dilanda wabak Covid-19.

Pegawai dari kesatuan staf akademik dari lima universiti awam (IPTA) terkemuka di Malaysia berharap keadaan di IPTA tidak seperti yang dihadapi rakan sejawat mereka di sektor swasta yang terpaksa berdepan pemotongan gaji.

Ini kerana hampir semua staf akademik dan bukan akademik di (22) IPTA dianggap sebagai penjawat awam yang bekerja di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bagaimanapun pengurangan geran kerajaan yang merangkumi kira-kira separuh daripada pendapatan IPTA membawa maksud bahawa dana akan berkurangan untuk program penyelidikan yang menjadi kepakaran institusi-institusi ini.

Kesan Covid-19 terhadap sektor pendidikan tinggi negara telah mendedahkan kelemahan strukturnya dan walaupun ada banyak yang dihadapinya, ia juga merupakan peluang untuk menyelesaikan masalah tersebut, kata Prof Dr Omar Shawkataly, yang sebelum ini berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia (USM) .

Masalah utama dalam sektor ini, yang menjadi alasan mengapa ia menghasilkan lulusan yang kurang berkualiti, adalah kerana terlalu banyak tempat pengajian tinggi untuk populasi universiti yang menyusut, kata Omar.

“Pengkomersialan pendidikan tinggi bermaksud universiti lebih berminat untuk menjana wang daripada memberikan pendidikan berkualiti dan berstandard tinggi,” kata Omar, bekas naib presiden kesatuan staf akademik USM.

Ini membawa kepada peningkatan kolej dan universiti swasta (IPTS) dan juga kampus IPTA di seluruh negara namun pada kadar yang melebihi populasi belia yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, katanya.

“Negeri kecil Melaka mempunyai tiga kampus universiti awam yang sama. Apa gunanya memiliki begitu banyak kampus? Tidak banyak kumpulan kritikal pelajar di kampus-kampus ini untuk mereka berfungsi dengan baik,” katanya.

Ketika musim pandemik Covid-19 yang menyaksikan penurunan pengambilan pelajar, akan ada persaingan yang lebih sengit antara IPTA dan antara IPTA dan IPTS untuk jumlah penuntut yang kecil ini, kata Omar.

“Seluruh sistem, IPTA dan IPTS, harus disusun kembali untuk lebih maju.

“Universiti dan kolej mesti melalui apa yang dilakukan oleh bank kita 10 tahun yang lalu. Mereka mesti bergabung, sehingga ada beberapa raksasa besar yang dapat menawarkan pendidikan berkualiti kepada populasi pelajar yang semakin berkurangan,” jelasnya lagi. – 20 Julai, 2020.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen