PARTI komponen dalam Pakatan Harapan (PH) sudah pun kembali merapatkan barisan mereka. PKR, Amanah dan DAP kini nampak lebih kemas dan lebih bersedia menghadapi kemungkinan berlakunya pilihan raya mengejut setelah selesai mesyuarat Majlis Presiden PH semalam.
Sesudah melalui fasa hubungan yang “panas” berpunca daripada persoalan siapakah calon perdana menteri, kepimpinan utama PH kini kembali sepakat memperkemaskan rumah yang telah dibina bersama itu.
Komen