Malaysiakini buang komen pembaca, kata peguam bela


Bede Hong

MALAYSIAKINI bertindak membuang komen pembaca yang didakwa menuduh badan kehakiman melakukan rasuah, kata peguam portal berita Malik Imtiaz Sarwar kepada panel Mahkamah Persekutuan hari ini.

Malik yang dibantu Surendra Ananth dan Khoo Suk Chyi berpendapat bahawa komen tersebut dikeluarkan beberapa hari kemudian setelah dimaklumkan oleh pihak polis mengenai perkara itu.

Oleh kerana jumlah trafik yang sangat besar, Malik berkata Malaysiakini tidak mempunyai kaedah realistik untuk editorial mengawal komen pihak ketiga yang disiarkan.

“Di media baharu atau media dalam talian, kemampuan untuk memberikan komen adalah bahagian penting daripada peranan media.

“Syarikat mengambil peranan sebagai wartawan dengan serius,” katanya kepada mahkamah. 

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Malaysiakini dan ketua editornya Steven Gan untuk mengetepikan dan membatalkan tuduhan menghina mahkamah yang dimulakan oleh peguam negara berhubung komen pembacanya mengeai kehakiman.

Tujuh panel hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf menetapkan 13 Julai untuk pendengaran kes berhubung penyiaran komen pembaca. – 2 Julai, 2020.   

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen