Siasatan hina jata negara tidak perlu, kata Lawyers for Liberty


Polis semalam menyerbu premis penerbit buku ini, Gerakbudaya di mana 300 salinan buku itu disimpan. – Gambar Gerakbudaya, 1 Julai, 2020.

SIASATAN terhadap penerbit buku yang menggunakan “persembahan seni” daripada jata negara pada kulit buku adalah “kontroversi buatan”, kata Lawyers for Liberty (LFL) hari ini.

Kumpulan hak asasi undang-undang itu berkata tidak ada undang-undang terhadap persembahan seni kepada jata negara, kerana Akta Lambang dan Nama (mencegah penggunaan tidak wajar) 1963 hanya melarang penggunaan jata negara tanpa kebenaran bertulisan daripada menteri.

“Ia tidak menghalang sebarang persembahan seni yang diinspirasikan daripada jata negara, seperti digunakan pada kulit buku, kerana tidak ada orang yang akan tersilap dengan jata negara sebenar,” kata LFL dalam satu kenyataan.

Kumpulan itu mengkritik desakan dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dasuki supaya tindakan diambil terhadap pencipta dan penerbit buku “Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia” kerana didakwa menghina jata negara.

“Kita perlu perbetulkan tuduhan silap itu yang satu kesalahan sudah dilakukan.

“Kontroversi ini jelas cubaan untuk menghalang rakyat daripada kebebasan bersuara.

“Tidak ada sebab kenapa pihak berkuasa patut melayan kemarahan dan kontoversi kosong ini,” katanya.

Polis semalam menyerbu premis penerbit buku itu, Gerakbudaya di mana 300 salinan buku itu disimpan. – 1 Julai, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen