USAH mimpi Pakatan Harapan (PH) akan menjadi kerajaan semula jika ia tidak kukuh. Tumbangnya PH akibat “Langkah Sheraton” adalah juga sebahagiannya kerana ia tidak cukup kukuh. Sebahagian lagi kerana terdapat mereka yang menjual prinsip dan sanggup bersekongkol dengan perasuah.
Mengukuhkan PH dengan berpegang teguh kepada prinsip keadilan, kesaksamaan, kemanusiaan, pro-kebajikan rakyat dan anti-rasuah adalah prasyarat sama ada untuk mendapatkan semula mandat rakyat yang diberikan pada PRU14 yang lepas atau pun untuk menghadapi pilihan raya mengejut.
Komen