Tadika masih tunggu peraturan baharu daripada kementerian


Ragananthini Vethasalam

Prasekolah ditutup sejak penguatkuasaan PKP pada 18 Mac dan akan dibuka semula bermula 1 Julai. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Jun, 2020.

TADIKA masih menanti Kementerian Pendidikan mengumumkan prosedur bagi meminumkan penularan dan jangkitan Covid-19 sebelum ia dibuka semula pada 1 Julai.

Persatuan tadika memberitahu The Malaysian Insight mereka ingin mengetahui berapa ramai pelajar boleh dimuatkan dalam satu sesi sambil memantau langkah penjarakan dan peraturan lain.

Mereka berkata kos operasi berkemungkinan meningkat dengan langkah keselamatan tambahan yang dilaksanakan.

Prasekolah ditutup sejak penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 18 Mac.

Setiausaha Persatuan Tadika Islam (Pertim) Siti Ruzita Ramli memberitahu The Malaysian Insight yang pengusaha tadika mengharapkan prosedurnya serupa dengan prosedur di taska.

“Jika kita mengikut taska, kita sudah memiliki idea mengenai norma baharu, termasuk penjarakan sosial, memakai topeng, pemeriksaan suhu dan berjabat tangan, yang tidak dibenarkan,” katanya.

“Penjarakan sosial tidak menjadi masalah kerana taska sudah mulai menerapkannya,” tambahnya.

Beliau berkata kira-kira 50% hingga 60% pemilik tadika juga mempunyai taska, jadi mereka sudah biasa dengan syarat baharu.

Kelas Siti Ruzita mungkin harus dibahagi untuk mengelakkan kesesakan dan untuk membolehkan penjarakan sosial.

“Pusat perlu ada jadual dan mungkin satu sesi boleh memuatkan 20 kanak-kanak,” katanya.

“Sekiranya tiga sesi tidak mencukupi, maka mereka mungkin perlu melakukan giliran, yang memerlukan kanak-kanak harus menghadiri kelas tiga hingga empat kali seminggu dan bukannya lima hari seperti sebelum ini,” katanya.

Presiden Persatuan Guru Tadika Malaysia Sally Ng berkata ahli mereka masih menunggu prosedur untuk menentukan kurikulum dan bilangan murid di setiap kelas.

“Kami tidak pasti dengan waktu belajar, sama ada empat jam sehari atau lebih pendek,” kata Ng.

“Tiada masalah kepada kami untuk membersihkan dan membasmi kuman bangunan serta kemudahan,” tambahnya.

Murid tidak ramai

Ng berkata ada murid bermungkinan tidak akan kembali kerana ibu bapa mungkin masih bimbang dengan keselamatan mereka.

“Kami menjangkakan sekitar 20% hingga 30% pelajar kami tidak akan kembali pada Julai, kerana ibu bapa masih risau,” katanya.

Siti Runiza bersetuju tidak ramai kanak-kanak yang akan kembali apabila tadika dibuka semula.

Persatuan tadika menjangkakan bilangan murid yang kembali berkurangan kerana ibu bapa mungkin masih bimbang dengan keselamatan mereka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Jun, 2020.

Beliau berkata mereka menjangkakan kerugian apabila kos operasi meningkat dengan perbelanjaan pembersihan diri dan memberi pelajar barangan daripada bahan pembelajaran hingga barang kebersihan diri.

“Beberapa tadika tidak menyediakan makanan. Tetapi mereka kini kini harus mencari katerer untuk membuat persiapan. Itu akan menambah kos,” tambahnya.

Dan ini adalah paling utama di dalam senarai kos tetap, sama seperti sewa dan gaji.

Ng berkata ibu bapa perlu menyediakan anak-anak topeng muka dan akan diminta untuk membawa alat tulis mereka sendiri.

Beliau berkata akan ada kos tambahan susulan pembasmian kuman di kemudahan dan menyediakan barangan seperti pembersih tangan dan termometer.

Siti Runiza berkata memandangkan kos tambahan yang perlu ditanggung oleh sekolah, yuran juga akan meningkat.

Pertim, yang mempunyai kira-kira 900 hingga 1,000 sekolah sebagai ahli, mencadangkan agar sekolah dengan bayaran rendah mengenakan caj perkhidmatan untuk menampung kos tambahan.

Bagi sekolah yang sudah mengenakan yuran tinggi, tidak akan ada perubahan selagi mereka dapat menampung kos, katanya.

Siti Runiza juga berkata persatuan sedang mencari mekanisme untuk membantu ibu bapa berpendapatan rendah yang ingin menghantar anak ke tadika tetapi tidak mampu menanggung kenaikan yuran.

Sekolah yang menjadi ahli Pertim mempunyai 4,000 guru dan 33,000 murid di seluruh negara.

Masih bertahan

Siti Runiza berkata banyak tadika swasta bukan penerima bantuan kerajaan, oleh itu membuka semula operasi adalah satu-satunya cara untuk mereka terus bertahan.

Beliau berkata kira-kira 80% prasekolah Pertim bersedia dibuka semula.

Ng juga berkata tadika tidak sabar untuk dibuka semula selepas ditutup selama tiga bulan.

“Tetapi kami belum menerima surat rasmi daripada Kementerian Pendidikan untuk pembukaan semula. Mudah-mudahan tidak berubah,” tambahnya.

Persatuan ini mempunyai cawangan di sembilan negeri dengan masing-masing mempunyai lebih daripada 300 sekolah.

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata pada 15 Jun bahawa prasekolah dan tadika akan dibenarkan beroperasi mulai 1 Julai.

Kementerian Pendidikan dijangka memperkenalkan prosedur terperinci untuk tadika tidak lama lagi. – 19 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen