Lebih banyak perniagaan sambung operasi tak lama lagi, kata menteri


Aminah Farid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) Mustapa Mohamed berkata, tumpuan kerajaan adalah pada PKS walaupun beliau mendapat maklum balas yang kurang senang dari segmen tertentu.– Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Mei, 2020.

LEBIH banyak perniagaan dijangka akan kembali beroperasi dalam beberapa minggu akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) Mustapa Mohamed.

“Kita jangkakan dalam beberapa minggu lagi lebih banyak syarikat akan kembali beroperasi. Dengan langkah keselamatan,” katanya pada perbincangan webinar yag dihoskan Le NouveauPro bertajuk “Growing Business Against The Tides of Disruptions”.

Menteri itu juga berkata, kerajaan telah mengambil langkah untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk kembali beroperasi sepenuhnya.

“Kami telah mempelajari beberapa hal seperti perlunya komunikasi dan pertemuan secara berkala. Kami juga selalu mendapat maklum balas dari orang-orang dalam industri ini.”

Mustapa berkata tumpuan kerajaan adalah pada PKS walaupun beliau mendapat maklum balas yang kurang senang dari segmen tertentu, termasuk syarikat pertengahan yang merasakan bahawa tahap bantuan yang tinggi terhadap PKS mengabaikan keadaan syarikat yang lebih besar.

“Pada umumnya, syarikat kecil sangat gembira walaupun syarikat besar, baik dalam dan luar negara, menyatakan rasa kurang senang, tetapi saya akan mengatakan bahawa kami telah melakukan yang terbaik,” katanya.

Krisis Covid-19 juga telah memperlihatkan kelemahan struktur yang perlu diatasi, tambahnya, sementara pemerintah perlu cekap dan sabar dalam menangani permasalahan ini.

“Pekerja asing misalnya, kita perlu mencari jalan bagaimana menerapkan pembaharuan dari segi dasar tempat tinggal mereka.”

Mustapa bagaimanapun mempersoalkan masa depan industri pelancongan dan ekonomi gig di negara ini.– 28 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen