Hakim tolak permohonan semakan keputusan kes Riza Aziz


Bede Hong

Peguam Shaharudin Ali memohon semakan semula keputusan yang melepas tanpa membebaskan anak tiri Najib Razak, Riza Aziz, berhubung kes pengubahan wang haram dikaitkan dengan 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Mei, 2020.

HAKIM Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak untuk permohonan peguam Shaharudin Ali untuk menyemak semula keputusan yang melepas tanpa membebaskan anak tiri Najib Razak, Riza Aziz, berhubung kes pengubahan wang haram dikaitkan dengan 1MDB.

Shaharudin berkata tiada alasan yang diberikan oleh Hakim Mohamed Zaini Mazlan atas penolakan tersebut, yang dimaklumkan oleh pendaftar mahkamah menerusi  e-mel semalam.

Peguam itu memohon semakan semula keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 Mei yang melepas tanpa membebaskan Riza daripada lima pertuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.2 bilion) yang dikatkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Zaini merupakan hakim yang mengendalikan perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB, yang mana Najib adalah tertuduh. Hakim itu juga mengendalikan perbicaraan kes rasuah membabitkan projek solar di Sarawak, yang mana isteri Najib, Rosmah Mansor adalah tertuduh.

Shahruddin ketika dihubungi berkata susulan perkembangan ini, beliau akan menimbang beberapa pilihan termasuk merujuk kepada lima hakim jenayah lain; atau kepada Mahkamah Rayuan; atau kepada Ketua Hakim Negara.

Peguam itu memfailkan permohonan semakan pada Rabu lalu. 

Memetik 254 (2) Kanun Tatacara Jenayah, Shahruddin mempersoalkan sama ada hakim menggunakan budi bicara kehakiman ketika membuat keputusan. – 22 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen