PM sendiri tidak pasti dengan sokongan yang diterima, kata pembangkang


Chan Kok Leong

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dikatakan cuba mendapatkan sokongn ahli Parlimen dengan melantik mereka ke jawatan GLC dan duta khas ke Timur Tengah, Asia Timur, China dan sebagainya.– Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Mei, 2020.

PERSIDANGAN Parlimen sehari esok menunjukkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak pasti dengan skokongan yang diterimanya dalam Perikatan Nasional, kata ahli Parlimen pembangkang.

“Beliau hanya melengahkan masa untuk mendapatkan lebih banyak sokongan ahli Parlimen,” kata Ahli Parlimen Batu Sapi Liew Vui Keong pada sesi siaran langsung ceramah di Facebook malam tadi.

“Beliau telah berikan banyak jawatan dalam GLC kepada ahli Parlimen, dan melantik mereka sebagai duta khas ke Timur Tengah, Asia Timur, China dan sebagainya.

“Beliau juga ada kabinet paling besar dalam sejarah iaitu 70.”

Liew yang merupakan bekas menteri undang-undang di bawah kerajaan Pakatan Harapan berkata, Muhyiddin hanya mahu menggembirakan semua pihak kerana beliau lemah.

“Beliau harus mempertimbangkan kembali kedudukannya sebagai perdana menteri jika hanya tunduk kepada semua bentuk paksaan oleh ahli Parlimen dari Umno, PAS dan GPS.

“Kita mahu PM yang kuat dan tidak tunduk kepada desakan dan dorongan,” kata pemimpin Warisan itu.

Salah satu pelantikan yang janggal dibuat oleh kerajaan Muhyiddin adalah pelantikan Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi sebagai pengerusi Indah Water Konsortium (IWK) yang baru, kata Dr Xavier Jayakumar.

“Mengapa perlu melantik pengerusi dari Sabah dan Sarawak untuk menerajui IWK sedangkan IWK tiada operasi di Sabah dan Sarawak?” kata bekas menteri air, tanah dan sumber asli.

IWK merupakan syarikat pembetungan nasional di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan dan hanya beroperasi di Malaysia Barat.

Bekas menteri undang-undang Liew Chin Tong berkata Muhyiddin mengehadkan sidang Parlimen hanya untuk Titah Diraja kerana beliau bimbang untuk berdepan usul tidak percaya yang dikemukakan Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad.

“Tetapi berapa lama beliau boleh tangguhkan sidang Parlimen apabila ia perlu untuk meluluskan rang undang-undang dan juga belanjawan?

“Pakej rangsangan RM280 bilion kerajaan untuk Covid-19 sudah dipersoalkan kerana akan dibentangkan untuk kelulusan. Tetapi pada bulan Oktober, kerajaan  Muhyiddin masih perlu membentangkan belanjawan negara.

“Beliau boleh halang usul tidak percaya, tetapi beliau tidak boleh halang prosedur undi untuk rang undang-undang dan belanjawan,” kata Liew.

Pada 12 Mei, Muhyiddin mengarahkan persidangan Parlimen dihadkan kepada sehari dan hanya untuk Titah Diraja selepas Parlimen meluluskan usul undi tak percaya yang dikemukakan Dr Mahathir terhadap perdana menteri.

Salah satu sebab mengapa beliau bimbang untuk berdepan sebarang undi di Parlimen kerana Muhyiddin tidak pasti dengan sokongan yang diterimanya.

“Mungkin sekarang beliau ada majoriti tipis tetapi beliau akan gagal sekiranya ada sabotaj daripada pati komponen.”

Liew mengatakan ini kerana Perikatan tidak terikat dengan ideologi bersama.

“Ia hanya terikat dengan habuan. Namun apa yang beliau boleh berikan kepada Umno apabila Umno mahukan pilihan raya baru?”

Liew berkata, Pakatan dan Warisan terikat dengan ideologi bersama, iaitu menentang rasuah.

“Mereka kini bergabung untuk wujudkan kerajaan tanpa DAP namun politik kaum ada hadnya. Pengundi masih mahukan kerajaan bersih, ekonomi yang baik dan kerajaan yang cekap.”

Sesi ceramah berkenaan turut mengetengahkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Sesi itu dikendalikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.  – 17 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen