PKPD di Selayang berakhir


Aminah Farid

PKPD di Selayang ditamatkan hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Mei, 2020.

PERINTAH kawalan pergerakan diperketat (PKPD) di Selayang Baru, Selangor ditamatkan hari ini selepas semua penduduk kawasan itu menjalani saringan Covid-19 dibuat Kementerian Kesihatan, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

“PKPD ketujuh di kawasan Selayang berakhir hari ini dan KKM sudah menjalankan saringan ke atas semua penduduk yang tinggal di kawasan itu,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Menteri kanan itu berkata ujian Covid-19 dilakukan ke atas semua penduduk di empat zon di Selayang Baru.

Zon tersebut adalah:

Zone C: Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21, Selayang Baru, Gombak, Selangor

Zone D: Jalan 3, 5, 7 dan 9, Selayang Baru, Gombak, Selangor

Zone E: Jalan 2, 4, 6 dan 8, Selayang Baru, Gombak, Selangor

Zone F: Block A,B,C Selayang Makmur, Gombak, Selangor 

Selayang Baru adalah kawasan ketujuh di negara ini diletakkan di bawah PKPD susulan lonjakan kes Covid-19 dikesan di kawasan Pasar Borong KL yang terletak berhampiran.

Pada mulanya, PKPD di Selayang dijangka tamat pada Selasa lepas tetapi arahan dilanjutkan kerana masih ada penduduk belum diuji Covid-19. – 15 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen