Undang-undang baharu Rusia, media luar adalah agen asing


Presiden Rusia telah meluluskan undang-undang ketat terhadap media asing yang beroperasi di Rusia. Tindakan ini merupakan tindak balas terhadap Amerika Syarikat yang sebelum ini mewartakan media milik Rusia sebagai agen asing. – Gambar AFP, 26 November, 2017.

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin telah menandatangani undang-undang baharu berkaitan organisasi media antarabangsa yang beroperasi di rusia sebagai “agen asing.”

Langkah ini dilakukan berikutan tekanan oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini terhadap media yang ditaja oleh Kremlin, iaitu RT.

Setelah dipersetujui oleh parlimen, undang-undang itu telah dilaksanakan dengan serta merta, sebaik sahaja dihebohkan melalui laman web rasmi pihak berkuasa Rusia.

Berikutan itu, mana-mana media antarabangsa yang beroperasi di Rusia boleh dikelaskan sebagai agen asing yang kontroversi oleh Kementerian Kehakiman.

Undang-undang itu adalah tindak balas Rusia terhadap AS yang sebelum ini mewartakan RT Televisyen yang dikawal Moscow itu atas alasan sama — media luar adalah agen asing.

Bagaimanapun, Majlis Kremlin bagi hak asasi manusia mengecam rang undang-undang itu dengan alasan rang itu tidak jelas dan sukar untuk dilaksanakan dengan munasabah.

“Kementerian Kehakiman Rusia dengan sewenang-wenangnya boleh melabel mana-mana media luar sebagai media asing,” kata majlis itu dalam satu kenyataan.

Dikritik hebat Human Rights Watch dan Amnesty International, AS dan media luar harus mengesahkan bahawa mereka adalah media luar dalam semua kertas kerja sebelum “menyerah diri” kepada pengawasan ketat.

Undang-undang 2012 yang telah dijalankan hanya kepada organisasi bukan kerajaan itu, secara rasminya telah diperluaskan serta merta bermula semalam.

The Voice of America dan Radio Free Europe/ Radio Liberty, yang didanai oleh Kongres AS adalah media luar pertama yang diberi amaran oleh Moscow untuk daftar. – AFP, 26 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen