Bukan salah majikan pekerja asing dijangkiti Covid-19, kata menteri


Alfian Z.M. Tahir

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata punca jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja warga asing bukan semestinya salah majikan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Mei, 2020.

KONTAK dengan orang luar, dan bukan kerana majikan tidak bertanggungjawab terhadap prosedur operasi standard (SOP), punca jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja warga asing, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

“Dalam kebanyakan kes, ia bukan salah majikan. Contohnya di Pedas, Negeri Sembilan, jangkitan berlaku di kilang proses ayam. Orang luar yang datang ke kilang itu menyebarkan virus di situ.

“Beberapa kes di hospital juga, virus bukan disebarkan daripada pesakit di hospital tetapi daripada sebuah majlis kahwin yang dihadiri oleh staf hospital.

“Perkara sama berlaku pada kluster Setia Alam di mana syarikat pembinaan itu mematuhi SOP tetapi orang luar yang ada virus itu datang ke tapak pembinaan dan menjangkiti orang lain,” kata Ismail pada sidang media hariannya di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Ismail berkata kerajaan akan membincangkan rancangan tentang bagaimana hendak mengenal pasti pekerja warga asing yang sudah menjalani ujian saringan Covid-19. – 11 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen