Uskup Sabah minta portal tarik artikel gambarkannya penyokong BN


Desmond Davidson

Uskup Anglican Sabah, Melter Jiki Tais memberikan sebuah portal tempoh tiga hari untuk meminta maaf dan menarik balik artikel sebelum mengambil tindakan undang-undang jika ia gagal berbuat demikian. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 November, 2017.

PORTAL berita berpangkalan di Sabah diminta memohon maaf dan mengeluarkan “artikel rekaan” yang didakwa menggambarkan Uskup Anglikan dan Kristian di Sabah sebagai penyokong Barisan Nasional (BN).

Uskup Anglican Sabah, Melter Jiki Tais memberikan portal berita itu tempoh tiga hari untuk meminta maaf dan menarik balik artikel bertajuk “Majlis gereja selar presiden Warisan politikkan agama Kristian” dan akan mengambil tindakan undang-undang jika ia gagal berbuat demikian.

Tempoh tiga hari itu akan berakhir esok.

Melter, yang juga ketua Majlis Gereja Sabah berkata artikel itu merendahkan dan merosakkan reputasinya sebagai pemimpin agama yang tidak partisan kepada mana-mana parti politik atau kumpulan.

Artikel itu membuatkannya dan gereja-gereja di Sabah kelihatkan memihak kepada BN.

Artikel itu diterbitkan pada Rabu selepas Melter dan penganjur sambutan Kota Kinabalu (Gaya) Christmas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah Musa Aman.

Lawatan itu adalah untuk memberi keterangan kepada ketua menteri mengenai program Yuletide gereja dan secara peribadi menjemputnya ke sambutan Krismas.

“Selepas kunjungan hormat saya, saya tahu saya perlu berhati-hati dengan apa yang saya katakan kepada media (menunggu di luar pejabat ketua menteri).

“Saya tahu saya tidak pernah menyebut nama mana-mana pemimpin politik atau nama mana-mana parti.

“Ini kerana gereja bukan politik. Saya hanya menyatakan fakta lawatan kami,” kata Melter kepada The Malaysian Insight.

Melter menambah beliau juga memberitahu wartawan yang penganut Kristian di negeri ini menikmati kebebasan beragama dan tidak mempunyai masalah di Sabah, walaupun menggunakan kalimah Allah.

“Semua media lain melaporkan dengan betul apa yang saya katakan tetapi bukan portal berita ini,” kata Melter.

“Mereka mengatakan apa yang tidak saya katakan dan kemudian mereka berita.

“Saya tidak pernah mengulas apa-apa mengenai politik. Walaupun selepas mendengar rakaman itu (wawancara media) tidak menyebut politik, nama ahli politik atau parti politik,” katanya.

Portal pro-BBN memuat naik artikel itu pada malam Rabu dan penyokong siber BN dilaporkan menyebarkan pautan di media sosial.

Artikel itu melaporkan Melter sebagai “mengkritik sikap pemimpin Warisan yang menggunakan agama untuk politik”.

“Saya terkejut (dengan berita itu) apabila seseorang menunjukkan kepada saya,” kata Melter.

Beliau sangat “marah” dengan gambar yang mengiringi artikel itu di mana gambar Presiden Warisan Shafie Apdal diletakkan di atas gambarnya (Melter).

“Saya tidak tahu mengapa mereka mahu menyeret saya ke dalam politik. Saya tidak begitu. “

Melter hari ini berkata, dia tidak pernah mendengar sebarang berita daripada portal itu.

The Malaysian Insight cuba mendapatkan komen daripada portal itu. – 24 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen