MTUC desak kerajaan halang bank tekan peminjam


Setiausaha Agung MTUC J. Solomon mahu kerajaan mengarahkan bank berhenti mengenakan faedah tambahan kepada peminjam sewa beli yang memilih untuk menyelesaikan moratorium enam bulan bagi pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Mei, 2020.

KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mendesak kerajaan campur tangan, mengarahkan bank berhenti mengenakan faedah tambahan kepada peminjam sewa beli yang memilih untuk menyelesaikan moratorium enam bulan bagi pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap.

Setiausaha Agung MTUC J. Solomon berkata menyelar kenyataan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) semalam yang menyatakan peminjam tidak akan membayar faedah tambahan jika pembayaran pinjaman yang ditangguhkan bersama bayaran ansuran Oktober.

Solomon menyifatkan tindakan itu tidak masuk akal dan tidak berperikemanusiaan kerana bank akan terus menekan peminjam dengan segala cara yang mungkin, tanpa mempedulikan kesejahteraan rakyat.

Beliau mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menuntut penjelasan BNM kerana memberikan persetujuan “yang sangat tidak wajar kepada bank melakukan rompakan di siang hari terhadap peminjam”.

“Kelulusan BNM itu jelas bertentangan dengan kenyataan kerajaan bahawa ia akan melakukan segala yang mungkin untuk meringankan beban kewangan pekerja dan orang awam secara umum yang menderita akibat kejatuhan ekonomi disebabkan wabak Covid-19,” kata Solomon dalam satu kenyataan hari ini. – 1 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen