BRITISH Airways bakal buang 12,000 pekerja sebagai sebahagian daripada usaha penstrukturan semula dalam menghadapi impak Covid-19, kata syarikat induknya International Airlines Group (IAG) semalam.
IAG berkata mereka ia masih mempertimbangkan beberapa pilihan yang akan menyebabkan sehingga 12,000 kakitangan British Airways terpaksa diberhentikan.
Permintaan penumpang dijangka mengambil masa “beberapa tahun” untuk kembali seperti semasa 2019, tambahnya.
Saham dalam IAG yang turut memiliki syarikat penerbangan Iberia dan Vueling susut 2.2% selepas pendapatan suku pertama jatuh 13% kepada 4.6 eura (AS$4.9 bilion).
Menurut IAG lagi, penurunan jumlah penumpang bagi April dan Mei susut 94% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Ketua Eksekutif British Airways Alex Cruz pada bulan lalu memberi amaran mengenai kesan Covid-19 ke atas syarikat penerbangan itu susulan penurunan mendadak jumlah penumpang.
Penerbangan dalam beberapa minggu kebelakangan ini hanya melibatkan perjalanan penting dan penghantaran pulang pelancong di luar negara.
British Airways mempunyai 45,000 kakitangan termasuk sekitar 4,000 juruterbang dan 16,500 kru kabin. Setakat ini syarikat penerbangan itu telah memberhentikan 23,000 pekerja. – AFP, 29 April, 2020.
Komen