Mogok juruterbang British Airways masuki hari kedua 


Termina 5 Lapangan Terbang Heathrow London lengang susulan mogok yang dilancarkan juruterbang British Airways.– Gambar EPA, 10 September, 2019.

MOGOK yang dilancarkan juruterbang syarikat penerbangan British Airways memasuki haru kedua pada Selasa menyebabkan lebih banyak masalah perjalanan dan masih belum menampakkan penyelesaian berikutan masalah gaji.

Syariikat penerbangan itu memutuskan untuk membatalkan hampir kesemua penerbangan pada hari kedua mogo itu, yang diumumkan menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Syarikat yang dimiliki oleh London-listed International Airlines Group berkata, pihaknya terpaksa membatalkan hampir 100% penerbangan harian, menyebabkan perjalanan lebih 100,000 penumpang terjejas.

Bagaimanapun, kesatuan juruterbang tetap bertegas untuk tuntutan gaji dan kemudahan yang lebih tinggi.

Tindakan oleh juruterbang itu merupakan yang pertama dalam 100 tahun sejarah British Airways yang menyaksikan kira-kira 200,000 penumpang, kebanyakannya dari Gatwick dan Lapangan Terbang Heathrow terjejas.

Berikutan mogok itu, syarikat penerbangan berkenaan menawarkan bayaran penuh, atau tempahan pada tarikh alternatif atau mengambil penerbangan syarikat lain.

Tindakan oleh ahli Kesatuan Juruterbang Penerbangan British (Balpa) susulan daripada kegagalan rundingan sejak sembilan bulan lalu.

Tanpa sebarang rundingan dijadualkan, juruterbang juga merancang untuk mengadakan mogok peringkat kedua pada 27 September.

“Juruterbang tegas dengan pendirian mereka dan sudah menunjukkan bagaimana tegasnya mereka,” kata ketua Balpa, Brian Stutton dalam satu kenyataan ringkas.

“British Airways perlu mula mendengar apa yang diperkatakan oleh juruterbangnya dan mencari jalan untuk menyelesaikan pertikaian itu.”

Syarikat penerbangan berkenaan menawarkan kenaikan gaji sebanyak 11.5% dalam tempoh tiga tahun bagaimanapu ia ditlak kesatuan berkenaan.

Balpa menganggarkan mogok selama 48 jam itu menyebabkan kerugian sebanyak £80 juta, namun British Airways masih belum memberikan anggaran. – AFP, 10 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen