Oman lapor 93 kes baharu Covid-19


93 kes baharu Covid-19 dikesan di Oman menjadikan jumlah keseluruhan 1,998. – Gambar EPA, 27 April, 2020.

KEMENTERIAN Kesihatan Oman pada Ahad mengumumkan 93 kes baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,998, lapor agensi berita Xinhua.

Daripada jumlah kes baharu itu, 60 pesakit terdiri warga asing dan semua kes berkaitan dengan jangkitan antara komuniti, menurut kenyataan kementerian.

Empat lagi pesakit sembuh menjadikan keseluruhan seramai 333, dengan angka korban mencecah 10 orang. – Bernama, 27 April, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen