Kes kluster gereja Sarawak terkawal, kata KP Kesihatan


Noel Achariam Ragananthini Vethasalam

KKM mempunyai rekod individu yang hadir pada persidangan gereja diSarawak, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr  Noor Hisham Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 April, 2020.

KES Covid-19 kluster gereja di Sarawak kini terkawal, sekali gus perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) tidak diperlu dilaksanakan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr  Noor Hisham Abdullah.

“Setakat ini kes memang terkawal, jadi kita tak melaksanakan PKPD,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Tambah beliau, Kementerian Kesihatan juga menjalankan pencarian indeks kes dan pengesanan kontak rapat kluster gereja.

Berbeza dengan kluster tabligh Maskid Sri Petaling, kementerian mempunyai rekod individu yang hadir pada persidangan gereja.

“Apa yang penting ialah kita dapat mengesan, sebab kita ada rekod dan siapa hadiri persidangan tersebut.

“Kita melaksanakan kalau kes yang positif, contohnya indeks kes, kita akan cari indeks kes tersebut, dan apabila kita dapat kesan indeks kes kita akan jalankan pengesanan kontak.

“Dan kita dapat kesan kes-kes tersebut yang setakat ini memang terkawal,” katanya. – 15 April, 2020.

Berita penuh di sini.        


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen