Permaisuri Agong, Sultan Johor beri sumbangan kepada hospital


Kakitangan Hospital Sungai Buloh mengucapkan terima kasih di atas sumbangan 100 katil oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. – Gambar Facebook, 12 April, 2020.

SERI Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyumbangkan 100 katil kepada Hospital Sungai Buloh dan 50 katil kepada Hospital Kuala Lumpur.

Manakala Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar turut berkenan menyumbangkan 42 alat bantuan pernafasan untuk kegunaan hospital di seluruh Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi dua catatan Facebook rasminya memaklumkan perkara itu serta menzahirkan penghargaan ke atas sumbangan yang diberikan. 

“Kementerian Kesihatan menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di atas sumbangan itu.

“Sesungguhnya ia pencetus dorongan semangat yang lebih jitu buat petugas kesihatan agar terus berjuang dalam usaha menyelamatkan negara,” menurut catatan berkenaan. – Bernama, 12 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen