ROBERT Mugabe berikrar mempertahankan kedudukannya sebagai presiden Zimbabwe pada Ahad, menggunakan TV negara itu untuk menegaskan yang dia masih berkuasa walaupun tentera nampaknya sudah menguasai negara dan tekanan berterusan supaya pemerintahan autokratiknya berusia 37 tahun ditamatkan.
Rakyat yang berkumpul di kafe dan bar untuk menonton ucapan itu yang dijangka mengumumkan perletakan jawatan pemimpin berusia 93 tahun itu terkesima dan kelihatan tidak dapat menerimanya. Ada yang menangis secara terbuka.
“Kongres parti (ZANU-PF) akan berlaku beberapa minggu lagi dan saya akan mengetuai prosesnya,” kata Mugabe.
Kenyataan terbaru itu mengheret negara itu terus ke dalam ketidaktentuan, yang bermakna dia akan terus berusaha kekal di jawatan sehingga sekurang-kurangnya pertengahan Disember.
Dipercayai ramai yang Mugabe tidak akan mempunyai pilihan lain selain berundur selepas tentera merampas kuasa, mencetuskan protes besar-besaran rakyat dan parti yang selama ini setia kepadanya.
Tetapi Mugabe yang duduk bersama-sama jeneral beruniform yang merupakan dalang di sebalik campur tangan tentera ketika menyampaikan ucapan nampaknya tidak terkesan dengan kemelut yang sedang melanda negara itu.
Bercakap perlahan dan kadang-kadang tergagap ketika membaca ucapannya, Mugabe bercakap soal perlunya solidariti untuk menyelesaikan masalah nasional- retorik biasa yang dia gunakan berdekad lamanya.
Dia tidak mengulas desakan yang meningkat menggesanya meletakkan jawatan dan mengetepikan campur tangan tentera yang dramatik minggu lepas.
“Apa sahaja buruk baik bagaimana mereka (tentera) melaksanakan operasi mereka, saya menerima kebimbangan mereka,” kata Mugabe.
“Kita perlu belajar untuk memaafkan dan menyelesaikan perbezaan, yang hakikat atau persepsi, dalam semangat Zimbabwe.”
Ucapannya itu mencetuskan kemarahan serta merta dan menimbulkan kebimbangan yang Zimbabwe berisiko terheret ke dalam kancah keganansan politik.
“Rakyat perlu kembali ke jalan. Ini tidak adil,” kata seorang pengawal keselamatan di Harare yang enggan dinamakan.
Chris Mutsvangwa, ketua persatuan veteran perang yang berpengaruh juga menggesa protes diadakan untuk menyingkirkan Mugabe.
Pada Sabtu, ribuan rakyat turun berarak di jalan Harare, situasi yang tidak pernah berlaku sejak Zimbabwe mencapai kemerdekaan pada 1980 kerana percaya Mugabe akan berundur.
Penganalisis mengatakan campur tangan tentera berlaku minggu lepas selepas isteri Mugabe, Grace,52, dikatakan akan mewarisi kepimpinan negara susulan pergelutan kuasa dengan Mnangagwa yang mempunyai hubungan rapat dengan tentera.
Majoriti rakyat Zimbabwe hanya mengenali pentadbiran Mugabe-pemerintah terlama dunia- dalam era pemerintahan yang dipenuhi dengan penindasan, keruntuhan ekonomi dan pengasingan dunia.
Sumber mencadangkan Mugabe sedang berusaha menangguhkan pengundurannya bagi memperolehi jaminan keselamatan ke atasnya dan keluarga. – AFP, 20 November, 2017.
Komen
Pemimpum umno juga menggunakan taktik yang sama..
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Ujang Mohd · Ulasan