UEFA tunda 3 perlawanan akhir bola sepak Eropah


UEFA memutuskan untuk menangguhkan semua perlawanan akhir Liga Juara Wanita UEFA, Liga UEFA Europa, Liga Juara-Juara UEFA yang pada asalnya dijadualkan pada Mei 2020. – Gambar AFP, 24 Mac, 2020.

UEFA menunda tiga perlawanan akhir bola sepak Eropah berikutan penularan wabak novel koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu.

“Secara rasmi hari ini, UEFA memutuskan untuk menangguhkan semua perlawanan akhir Liga Juara Wanita UEFA, Liga UEFA Europa, Liga Juara-Juara UEFA yang pada asalnya dijadualkan pada Mei 2020,” memetik kenyataan UEFA pada Isnin.

Tambah kenyataan itu lagi, buat masa ini tarikh baharu masih belum diputuskan dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat. – Bernama, 24 Mac, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen