UEFA mengenakan hukuman denda ke atas Persekutuan Bola Sepak Turki pada Jumaat kerana melakukan tabik hormat ketenteraan sebagai meraikan kejayaan menjaringkan gol semasa pusingan kelayakan Piala Eropah 2020, lapor agensi berita Anadolu.
“Persekutuan Bola Sepak Turki dikenakan denda sebanyak €50,000 [US$55,369] sebagai satu hukuman secara keseluruhan termasuk gangguan khalayak oleh penyokongnya semasa perlawanan Pusingan Kelayakan Kejohanan Piala Eropah 2020 antara pasukan kebangsaan Turki dan Perancis pada 14 Oktober 2019,” menurut badan itu dalam satu kenyataan.
Beberapa pemain Turki turut diberi teguran kerana mempamerkan tingkah laku yang tidak menyenangkan dan tidak mempunyai semangat kesukanan semasa perlawanan antara Perancis dan Albania, menurut Badan Disiplin, Etika dan Kawalan Uefa. – Bernama, 21 Disember, 2019.
Komen