Itali tutup pelabuhan bagi kapal persiaran


Feri GNV Splendid diubah suai menjadi kapal hospital untuk pesakit koronavirus berlabuh di pelabuhan Genoa, Itali. Negar itu kini mempunyai 31,506 kes koronavirus. – Gambar EPA, 20 Mac, 2020.

ITALI menutup pelabuhannya untuk kapal persiaran asing berlabuh dan menggantung operasi perkhidmatannya sebagai tindak balas terhadap pandemik koronavirus.

Kementerian Pengangkutan berkata pada Khamis, kapal Itali yang sudah berlayar diarah pulang ke pelabuhan dan menjalani semua kru dan penumpang akan menjalani ujian.

Mereka yang negatif Covid-19 akan diminta mengasingkan diri dan memantau kesihatan mereka.

Notis itu dikenakan sehingga 3 April.

Perdana Menteri Giuseppe Conte pada Khamis berkata semua sekatan dikenakan - termasuk penutupan kebanyakan perniagaan dan pengharaman perhimpunan awam - perlu dilanjutkan hingga bulan depan.

Industri kapal persiaran Itali semakin berkembang pesat dengan 120,000 pekerja dan merupakan terbesar di Eropah pada 2017.

Beberapa kapal persiaran berdepan wabak koronavirus yang menyaksikan mereka disekat untuk berlabuh dari pelbagai pelabuhan semasa krisis virus.

Kapal persiaran Diamond Princess yang dikuarantin di sebuah pelabuhan di Jepun diperintah oleh seorang kapten warga Itali, Gennaro Arma. – AFP, 20 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen