Polis minta maaf tuduh peguam pastor hilang palsukan bukti


Noel Achariam

Polis hari ini meminta maaf kepada ahli panel Suhakam Mah Weng Kwai (kanan), Aishah Bidin (tengah) and Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleha dan pihak peguam keluarga Pastor Raymond Koh kerana menuduh peguam keluarga itu memalsukan bukti. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 November, 2017.

POLIS hari ini memohon maaf kepada peguam keluarga Pastor Raymond Koh berkenaan dakwaan memalsukan bukti pada pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Pemerhati polis daripada Jabatan Pendakwaan dan Undang-Undang Bukit Aman ASP Nuzulan Din berkata mereka meminta maaf kepada peguam dan ahli panel berkaitan dakwaan itu.

“Kami menarik balik dakwaan ‘cut and paste’ dan meminta maaf kepada panel dan peguam.

“Tetapi kami masih tegas mengataskan yang peguam perlu menunjukkan semua gambar kepada kami kerana ia boleh mengelirukan,” katanya.

Polis menuduh peguam keluarga Koh cuba mengelirukan panel dengan menunjukkan sekeping gambar hasil kerja “cut and paste” pada 3 November lalu ketika menyoal siasat Inspektor Ali Asrar.

Peguam keluarga Koh menunjukkan gambar dua anggota polis memakai penutup muka tanpa lencana polis di pakaian sedang menahan seorang suspek.

Nuzulan berkata foto yang menjadi bahan bukti itu digunakan untuk mengelirukan saksi.

“Kami ke laman (www.beritaharian.sg) dan foto itu berbeza daripada foto yang ditunjukkan peguam.”

“Foto itu mempunyai lencana polis.”

Nuzulan memohon supaya panel membuang foto itu daripada senarai bahan bukti dan meminta kenyataan saksi digugurkan.

Katanya mereka mahukan penarikan semula kenyataan dan foto atau tindakan akan diambil di bawah Seksyen 192 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memalsukan bahan bukti. – 15 November, 2017.

Untuk berita penuh sila baca di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen