2 lagi menteri Israel dikuarantin


Menteri Dalam Negeri Israel Aryeh Deri menghadiri mesyuarat yang sama dengan Datuk Bandar wilayah Merhavim, yang disahkan positif dijangkiti Covid-19. – Gambar EPA, 18 Mac, 2020.

DUA menteri Kabinet Israel dikuarantin kerana disyaki mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.

Menteri Dalam Negeri Aryeh Deri dan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Tzachi Hanegbi menghadiri mesyuarat yang sama dengan Datuk Bandar wilayah Merhavim, yang disahkan positif dijangkiti Covid-19.

Dua lagi ahli Parlimen di kuarantin di rumah.

Kementerian Kesihatan Israel pada Selasa mengumumkan terdapat 337 kes termasuk 13 jangkitan baharu. – Bernama, 18 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen