Kes Covid-19 hampir cecah 200,000 di seluruh dunia, kata MKN


Jururawat berjalan menuju Hospital Kuala Lumpur pada hari pertama perintah kawalan pergerakan bermula, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 18 Mac, 2020.

JUMLAH kes koronavirus kini hampir mencecah 200,000 ketika 152 negara melaporkan jangkitan Covid-19.

Dalam satu mesej ringkas di Telegram, Majlis Keselamatan Negara Malaysia (MKN) berkata kes di seluruh dunia berjumlah 197,830 pada jam 11.30 pagi hari ini dengan 7,944 kematian.

Bagaimanapun, 49.42% daripada semua kes telah pulih berbanding kadar kematian sebanyak 4.02%.

Di Malaysia, virus itu menjangkiti 673 individu manakala dua kematian pertama negara dilaporkan semalam.

China kekal sebagai negara yang paling banyak dijangkiti virus dengan 80,860 kes, menurut CNN International.

Itali adalah negara kedua dengan 31,506 kes diikuti Iran sebanyak 16,169 kes.

Selebihnya adalah Sepanyol (11,826), Jerman (9,360), Korea Selatan (8,413), Perancis (7,695) dan Amerika Syarikat (6,362). – 18 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen