Dr Mahathir setuju dengan tuntutan Sarawak


Desmond Davidson

Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Ketua Menteri Abang Johari Openg menjelaskan perkara itu ketika perbincangan mereka tentang kebuntuan politik siapa yang akan menjadi perdana menteri pada Selasa lepas. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Februari, 2020.

GABUNGAN Parti Sarawak memberitahu Dr Mahathir Mohamad bahawa jika beliau tidak bersetuju dengan tuntutan yang dibuat berkaitan Perjanjian Malaysia 1963, mereka tidak akan memberi sokongan terhadapnya, kata Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ahli Parlimen Santubong itu berkata Ketua Menteri Abang Johari Openg menjelaskan perkara itu ketika perbincangan mereka tentang kebuntuan politik siapa yang akan menjadi perdana menteri pada Selasa lepas.

Wan Junaidi berkata syarat yg dituntut oleh gabungan kerajaan negeri sarawak adalah berkaitan pertikaian mengenai MA63 - dokumen undang-undang yang menyatakan istilah untuk pembentukan Persekutuan Malaysia.

Di antara tuntutan itu adalah untuk tidak menaikkan percubaan menghapuskan autonomi imigresen negeri itu; hak dan royalti kepada sumber asli terutamanya produk minyak dan gas; hak kepada tanah dan hutannya; dan pengiktirafan sempadan negara seperti yang dipersetujui di dalam MA63.

Di tengah-tengah pertikaian sempadan adalah Akta Laut Teritorasi 2012, yang mengurangkan sempadan laut wilayah Sarawak kepada 4.8km, sekali gus merosakkan sumber asli di Sarawak. 

“Abang Johari memberitahunya secara terus terang,” kata Ahli Parlimen selama tujuh penggal itu kepada wartawan di Kampung Telok Serabang di Sematan semalam.

Beliau memberitahu perdana menteri ‘kami bersama anda’.

“Jika perdana menteri menarik semula janji selepas kerajaan dibentuk, kami juga boleh menarik semula (sokongan kepada kerajaan),

“Jika keistimewaan kami tidak dijaga, kami juga tidak akan bersama perdana menteri,” katanya. – 28 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen