Kerajaan negeri Melaka masih berfungsi seperti biasa


PENTADBIRAN dan jentera kerajaan negeri Melaka masih berfungsi seperti biasa di sebalik perkembangan politik yang berlaku di peringkat kerajaan persekutuan pada masa ini, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Beliau yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka berkata, tugas dan tanggungjawab yang digalasnya sebagai ketua menteri seperti yang diamanahkan oleh rakyat masih tetap dijalankan seperti biasa.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Japerun (Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan DUN) juga masih beroperasi seperti biasa. Selain itu, segala pertemuan dan mesyuarat rasmi juga akan berlangsung seperti biasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut meminta rakyat agar mendapatkan sebarang pendirian kerajaan negeri Melaka daripada sumber rasmi dan berhati-hati dengan sebarang kenyataan atau maklumat palsu. – Bernama, 25 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen