Pakatan bincang cadangan 'kerajaan campuran' Dr Mahathir


Chan Kok Leong

MAJLIS Presiden Pakatan Harapan akan membincangkan mengenai tawaran Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan “kerajaan campuran” malam ini, menurut sumber kepada The Malaysian Insight.

“Sudah pasti,” kata seorang pemimpin parti ketika ditanya mengenai perkara itu hari ini.

Beliau mengesahkan bahawa perdana menteri interim Dr Mahathir mencadangkan kepada pemimpin Pakatan untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan mengundang ahli Parlimen daripada semua parti politik.

Reuters hari ini melaporkan Dr Mahathir telah membuat cadangan itu selepas pertemuan dengan beberapa pemimpin hari ini.

Antara pemimpin yang ditemui adalah pemimpin Gabungan Parti Sarawak, Abang Abdul Rahman Zohari Openg, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Abadul Hadi Awang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Beliau turut dijangka mengadakan pertemuan dengan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Presiden Parti Warisan Sabah Mohd Shafie Apdal esok. – 25 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen