Menteri dalam negeri perlu kaji semula gazet kumpulan pengganas, kata Tommy


Peguam Negara Tommy Thomas berkata Menteri Dalam Negeri perlu mengkaji semula gazet terhadap kumpulan pengganas seperti yang dikehendaki undang-undang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Februari, 2020.

MENTERI Dalam Negeri perlu mengkaji semula gazet terhadap kumpulan pengganas seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, kata Peguam Negara Tommy Thomas.

Seksyen 66B (9) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) memperuntukkan semakan “setiap enam bulan” untuk menentukan sama ada terdapat alasan munasabah bagi perintah tersebut untuk terus terpakai bagi sesuatu entiti tertentu.

Thomas berkata dalam satu kenyataan ketika mengumumkan keputusan oleh Pejabat Peguam Negara untuk menghentikan prosiding terhadap 12 rakyat Malaysia yang didakwa menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

“Perintah untuk mengisytiharkan suatu entiti adalah kumpulan pengganas bagaimanapun “tidak dimaksudkan untuk kekal atau bertahan selama-lamanya.

“Parlimen mengiktiraf bahawa, dengan peredaran masa, satu kumpulan yang menggunakan keganasan untuk mencapai matlamatnya mungkin bertukar atau menyesuaikan pendekatan dengan menolak keganasan dan menerima kaedah-kaedah yang aman sebagai ganti.

“Seksyen 66B(9) oleh itu memperuntukan bahawa Menteri tersebut hendaklah mengkaji semula Perintah yang dibuatnya “tiap-tiap 6 bulan untuk menentukan sama ada masih terdapat alasan yang munasabah bagi perintah tersebut untuk terus terpakai bagi sesuatu entiti tertentu”, dan sekiranya Menteri tersebut menentukan bahawa tidak terdapat alasan yang munasabah, beliau hendaklah dengan segera membatalkan Perintah yang dibuatnya sebelum ini,” katanya. – 21 Februari, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen