Peguam Negara hentikan prosiding individu sokong LTTE


Peguam Negara Tommy Thomas berkata “tidak ada prospek yang jelas untuk sabitan terhadap mana-mana 12 tertuduh atas mana-mana 34 pertuduhan”. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Februari, 2020.

Pejabat Peguam Negara telah meghentikan prosiding terhadap 12 individu yang didakwa menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Dalam satu kenyataan, Peguam Negara Tommy Thomas berkata “tidak ada prospek yang jelas untuk sabitan terhadap mana-mana 12 tertuduh atas mana-mana 34 pertuduhan”.

Thomas berkata pemilikan gambar pemimpin LTTE Velupillai Prabhakaran dianggap sebagai pahlawan kepada orang India, tidak mencukupi untuk menyokong keganasan. 

“Oleh yang demikian, dalam menjalankan kuasa budi bicara saya menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, saya telah memutuskan untuk memberhentikan prosiding-prosiding terhadap mereka berkuat kuasa serta merta,” katanya.

Thomas menambah bahawa pendakwa mesti mengambil kira fakta-fakta yang berlaku walaupun selepas dibebaskan.

Tuduhan terhadap individu di bawah Kanun Keseksaan untuk “memberikan sokongan”, “pemilikan”, “pengedaran” dan “paparan” bahan dan gambar pemimpin LTTE tidak boleh didefinisikan sebagai tindakan keganasan di bawah undang-undang.

“Mempunyai gambar-gambar mereka dan representasirepresentasi lain yang berkaitan dengan mereka di dalam telefon bimbit atau akaun Facebook seseorang tidak menukar seseorang menjadi pengganas.

“Hanya kerana setiap seorang pemimpin ini menggunakan keganasan atau kekerasan untuk mencapai matlamat politik mereka tidak bermakna bahawa seorang penyokong tegar atas talian seharusnya dianggap sebagai seorang pengganas atau merancang perbuatan keganasan,” kata Thomas. – 21 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen