Badan kehakiman lebih baik di bawah Pakatan, kata bekas hakim


Alfian Z.M. Tahir

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Mah Weng Kwai berkata keyakinan rakyat semakin pulih dan kurangnya campur tangan politik dalam badan kehakiman. – Gambar Najjua Zulkefli, 14 Februari, 2020.

SISTEM kehakiman Malaysia bertambah baik sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional (BN), kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Mah Weng Kwai.

Mah memberitahu pemberita selepas berucap di Persidangan Undang-undang Sivil Badan Peguam Selangor yang kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan juga dipulihkan dan semakin kurang campur tangan politik sejak beberapa tahun kebelakangan.

“Selama 20 tahun, badan kehakiman tempatan dilihat melalui lensa negatif sejak 1988 sejak kes Salleh Abbas. Saya fikir perkara mulai bertambah baik dan dengan agak cepat,” kata Mah.

“Saya boleh katakan ia tidak berlaku dengan tiba-tiba tetapi dengan perubahan kerajaan, terdapat nafas baru.

“Terdapat sedikit kebebasan, lebih ruang bagi pemikiran bebas, dan jika anda membandingkan keadaan sekarang dengan sebelum ini, pastinya kurang campur tangan politik seperti yang kita alami bertahun lalu.

“Bidang kuasa mahkamah kini dimiliki oleh mahkamah dan bukannya Parlimen atau eksekutifnya, kerana kami mengamalkan kedaulatan Perlembagaan dan bukan diplomasi berparlimen,” tambah Mah.

Krisis Perlembagaan Malaysia pada 1988 menyaksikan penyingkiran Ketua Hakim Negara Salleh Abas dan dua hakim Mahkamah Agung.

Ia disifatkan sebagai berakhirnya era kebebasan badan kehakiman dan pembangkang diketuai oleh PAS dan DAP, menyalahkan Dr Mahathir Mohamad yang merupakan perdana menteri dan presiden Umno pada masa itu berhubung pemecatan.

Pengganti Mahathir, Abdullah Ahmad Badawi, berkata negara idak pernah pulih daripada kejadian itu dan mengumumkan pampasan ex-gratia bagi hakim dipecat. – 14 Februari, 2020.

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen