Saman sivil difailkan untuk pastikan 3 kes individu hilang terus 'hidup'


Alfian Z.M. Tahir

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Mah Weng Kwai berharap laporan kehilangan Raymond Koh dan Amri Che Mat akan didedahkan kepada umum. – Gambar Najjua Zulkefli, 14 Februari, 2020.

SAMAN sivil yang difailkan oleh isteri Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat, serta M Indira Gandhi, terhadap ketua polis negara (KPN) dan kerajaan bertujuan memastikan isu terus “hidup”, kata bekas hakim Mahkamah Rayuan Mah Weng Kwai.

Mah, yang juga pesuruhjaya Suhakam, berkata saman yang difailkan oleh Susanna Liew, Nor Haryati Ariffin dan Indira akan memastikan tindakan segera oleh pihak polis.

“Ia sukar bagi mereka kerana tiada penutupan. Saman itu pasti akan mendorong tindakan selanjutnya oleh polis dan ia akan terus menjadi isu,” katanya selepas bercakap pada persidangan undang-undang sivil di Shah Alam pagi ini.

Pada 12 Januari, Liew menamakan bekas KPN Mohamad Fuzi Harun dan Khalid Abu Bakar serta KPN Abdul Hamid Bador sebagai defendan dalam saman sivil yang difailkan menjelang ulang tahun ketiga penculikan Koh pada 13 Februari 2017.

Liew berkata mereka memfailkan saman sivil itu bagi mendapatkan “ganti rugi khas dan umum” sebagai usaha terakhir selepas gagal menerima sebarang penyelesaian daripada siasatan terhadap kehilangan suaminya.

Saman itu dibuat empat bulan selepas saman Norhayati, yang suaminya, Amri hilang sejak Disember 2016.

Lain-lain yang disebut dalam writ saman ialah Awaludin Jadid, Huzir Mohamed, Fadzil Ahmat, Supari Muhammad, Khor Yi Shuen, Hazril Kamis, Mohamad Shamzaini Mohd Daud, Saiful Bahari Abdul Aziz, pasukan polis dan kerajaan persekutuan. – 14 Februari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen