Maritim tahan bot kargo tanpa lesen di Kuala Linggi


Pengarahnya, Kapten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata bot kargo yang ditahan kira-kira pukul 10.50 pagi itu dikendalikan tiga kru warga tempatan berumur antara 46 dan 50 tahun. – Gambar EPA, 8 Februari, 2020.

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Melaka dan Negeri Sembilan menahan sebuah bot kargo yang didapati beroperasi tanpa lesen di kedudukan enam batu nautika barat daya Kuala Linggi, semalam.

Pengarahnya, Kapten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata bot kargo yang ditahan kira-kira pukul 10.50 pagi itu dikendalikan tiga kru warga tempatan berumur antara 46 dan 50 tahun.

“Penahanan dilakukan sewaktu pihak Maritim melaksanakan rondaan rutin operasi harian, dan pemeriksaan mendapati bot itu gagal mempamerkan lesen perakuan ‘kekompetenan’ daripada Jabatan Laut Malaysia, namun bot terbabit tidak membawa sebarang muatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Sementara itu, Haris Fadzillah berkata dari Januari hingga kini sebanyak lapan kes tangkapan atas pelbagai kesalahan di bawah ordinan sama direkodkan.

“Justeru itu, orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim 06-3876730 dan 999 yang beroperasi secara 24 jam,” tambahnya. – Bernama, 8 Februari, 2020.
 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen