Dua warga asing mati dalam kemalangan bot di Bali


Kemalangan maritim biasa berlaku di Indonesia, kepulauan Asia Tenggara yang memiliki sekitar 17,000 pulau itu sering menyaksikan kemalangan di mana piawaian keselamatan sering tidak diendahkan. – Gambar EPA, 16 September, 2019.

DUA orang warga Brazil dan seorang lagi Afrika Selatan meninggal dunia selepas bot mereka terbalik di perairan bergelora berhampiran Bali, kata agensi mencari dan menyelamat.

Kapal pelancong itu terbalik berhampiran kawasan berbahaya di Nusa Lembongan, di timur pulau percutian Indonesia itu.

Penumpang bot itu, seorang warga Brazil berusia 48 tahun dan seorang warga Afrika Selatan berusia 43 tahun, diisytiharkan mati di hospital, kata agensi itu lagi.

Kapten kapal berusia 35 tahun pula dilaporkan terselamat dengan kecederaan parah.

Kemalangan maritim biasa berlaku di Indonesia, kepulauan Asia Tenggara yang memiliki sekitar 17,000 pulau itu sering menyaksikan kemalangan di mana piawaian keselamatan sering tidak diendahkan. – AFP, 16 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen