Kes Sabah, Sarawak mesti didengar hakim berpengalaman Borneo, kata peguam


Desmond Davidson

Ketua Hakim Tengku Maimun Tuan Mat (tengah) dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, David Wong Dak Wah (kanan) ketika perarakan pembukaan Tahun Perundangan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Kuching hari ini.– Gambar The Malaysian Insight, 17 Januari, 2020.

TERDAPAT gesaan baharu untuk Mahkamah Rayuan mempunyai korum “sekurang-kurangnya hakim” yang mempunyai pengalaman dalam kehakiman Borneo ketika mendengar kes rayuan dari Sabah dan Sarawak.

Presiden Persatuan Undang-undang Sabah Roger Chin ketika berucap pada pembukaan Tahun Perundangan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, menyatakan keputusan yang dibuat oleh Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin pada 2017 adalah salah apabila beliau memutuskan hakim bagi pendengaran kes dari Sabah dan Sarawak di Mahkamah Rayuan tidak perlu dari kedua-dua negeri berkenaan. 

Zulkefli memutuskan pengesyoran untuk mempunyai hakim yang mempunyai pengalaman kehakiman Borneo di bawah perenggan 26(4) Laporan Majlis Antara Kerajaan (IGC) tidak pernah dilaksanakan di bawah Perkara VIII Perjanjian Malaysia melalui penubuhan dalam Perlembagaan Persekutuan atau dalam mana-mana undang-undang, seperti Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang diluluskan selepas Hari Malaysia, atau melalui perintah eksekutif yang dibuat menurut Artikel 74 Akta Malaysia, 1963.

Namun Chin dalam ucapannya di hadapan Ketua Hakim Tengku Maimun Tuan Mat dan Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf, Laporan IGC telah diberi pengiktirafan kehakiman oleh Mahkamah Persekutuan pada 2003 dalam kes Pihak Berkuasa Negeri Sabah vs Sugumar Balakrishnan.

Beliau berkata, memandangkan sudah ada pengiktirafan kehakiman, justeri keputusan untuk mempunyai sekurang-kurangnya hakim yang ada pengalaman kehakiman Borneo sebagai sebahagian daripada korum perlu dikembalikan.

Menurutnya, kegagalan berbuat demikian akan melanggar Artikel VIII MA63.– 17 Januari, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen