Pembaharuan badan kehakiman mudahkan saman alam sekitar


Desmond Davidson

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata pembaharuan dilakukan badan kehakiman sudah diluluskan di peringkat jawatankuasa dan sedang diformalkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Januari, 2020.

KETUA Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata pembaharuan yang dicadangkan untuk melonggarkan kekangan prosedur terhadap prosiding alam sekitar dan mengehadkan rayuan tertentu sudah diluluskan di peringkat jawatankuasa dan sedang diformalkan.

Dalam ucaptama beliau ketika merasmikan Kolokium Kebangsaan Akses Kepada Keadilan 2020, di Kuching, beliau berkata cadangan memasukkan peruntukan dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah untuk memudahkan litigasi alam sekitar “bukan sahaja melonggarkan peraturan locus standi, tetapi ia juga memenuhi keperluan khusus remedi seperti membolehkan Perintah Perlindungan Alam Sekitar “.

“Arahan seperti ini berfungsi untuk memaksa atau menyuruh mana-mana orang, entiti atau agensi kerajaan melaksanakan atau menghentikan tindakan bagi melindungi, memelihara atau memulihkan alam sekitar.

“Ini memastikan bukan sahaja hak kepada akses mahkamah, tetapi remedi yang diberikan adalah kukuh dan berkesan,” katanya.

Berhubung had rayuan tertentu, Maimun berkata perubahan kepada peraturan mahkamah adalah penting kerana ia akan mempunyai peruntukan untuk melarang rayuan terhadap permohonan interlokutori tertentu.

“Sering kali kita mendapati litigan membuat permohonan bagi penghakiman terus, atau untuk membatalkan saman atau pengaduan. – 16 Januari, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen