Sektor pertanian akan jadi penyumbang terbesar WKB2030


Sheridan Mahavera

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tahun diberi tanggungjawab besar sebagai penyumbang utama kepada WKB2030, kata Salahuddin Ayub. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 6 Januari, 2020.

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani diberi tanggungjawab besar sebagai penyumbang utama agenda pembangunan negara Pakatan Harapan, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030).

Menterinya Salahuddin Ayub berkata tugas ini disampaikan kepadanya oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Matlamat utama WKB2030 adalah untuk mewujudkan taraf hidup yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia dan merapatkan jurang ekonomi antara kumpulan pendapapatan, etnik, pembangunna wilayah dan rantaian bekalan menjelang 2030.

Menurut Salahuddin, sektor pertanian dipilih sebagai sumber baharu ekonomi dan pekerjaan terutamanya dalam pengeluaran makanan untuk pasaran tempatan dan eksport.

“Dalam taklimat tertutup dengan saya, perdana menteri kata WKB2030 tidak akan jadi kenyataan kecuali kementerian pertanian beri sumbangan paling besar untuk melaksanakannya,” kata Salahuddin ketika berucap pada majlis amanat tahun 2020 bersama warga kementeriannya di Putrajaya hari ini.

“Sebab itulah kenapa saya tidak mahu birokrasi yang tidak perlu yang akan jejaskan rancangan ini dan kenapa saya kata akan ambil tindakan terhadap pegawai yang mengabaikan tanggungjawab mereka.”

Penasihat kerajaan sebelum ini berkata sektor pertanian mempunyai potensi dalam pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan keselamatan bekalan makanan negara. 

Peningkatan sumber makanan segar tempatan juga akan mengurangkan kebergantungan negara terhadap makanan import yang melebihi RM52 bilion pada 2018. – 6 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen