Bantu BN hadapi PRU14, servis ketua hakim, KPN dijangka dilanjutkan


The Malaysian Insight

Barisan Nasional memerlukan individu yang mantap untuk menerajui badan kehakiman dan polis bagi memastikan kesinambungannya menghadapi pilihan raya umum ke-14. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 April, 2017.

TEMPOH perkhidmatan Ketua hakim baharu Md Raus Sharif dan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar dijangka dilanjutkan sehingga dua tahun bagi memastikan kesinambungan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya pada Ogos 2018.

The Malaysian Insight difahamkan Raus, yang dilantik sebagai ketua hakim negara pada 1 April, pemanjangan itu dilakukan memandangkan beliau sudah mencapai had umur 66. Tempoh perkhidmatan beliau sebagai hakim dilanjutkan sehingga enam bulan akhir tahun lepas.

Sementara, Khalid yang berkhidmat sejak Mei 2013, akan mencapai umur persaraan mandatori 60 September ini tetapi dijangka dilanjutkan perkhidmatannya sehingga dua tahun.

“Kerajaan mahu kesinambungan,” kata sumber Putrajaya kepada The Malaysian Insight.

“Terdapat beberapa spekulasi perubahan tetapi Perdana Menteri Najib Razak adalah seorang yang berhati-hati dan tidak akan mengambil risiko tidak perlu terutama dalam pentadbiran,” katanya.

Raus dan Khalid dilihat sebagai individu yang mantap untuk menerajui badan kehakiman dan polis, kata pegawai Putrajaya.

“Anda memerlukan tangan terbaik di atas dek dalam situasi kemungkinan berlakunya perubahan,” kata seorang pegawai.

Terdapat banyak spekulasi mengenai perubahan dalam jawatan pegawai tinggi kerajaan di Putrajaya dan juga dalam beberapa syarikat berkaitan kerajaan sebelum perdana menteri memanggil PRU14 pada tahun depan.

Beberapa ketua GLC juga dijangka membuka peluang kepada muka lebih muda dengan Telekom Malaysia Bhd mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya Zamzamzairani Mohd Isa, 56, digantikan pada 1 Mei dengan Mohammed Shazalli Ramly, 55.

Tiada pelantikan lain dibuat lagi tetapi sumber Putrajaya berkata, perdana menteri tidak akan tergesa-gesa terhadap sebarang perubahan melainkan jika perlu sebelum PRU14.

Najib baru-baru ini berkata, beliau boleh memanggil pilihan raya bila-bila masa sebelum mandat tamat tetapi hanya akan berbuat demikian selepas berasa jentera pilihan raya BN bersedia untuk PRU14.

Pakar strategi pelaburan ekuiti bank CLSA, Christopher Wood dipetik berkata adalah selamat bagi Najib untuk mengadakan pilihan raya umum dengan perkembangan situasi ekonomi terkini.

Wood yakin tentang Najib dan skandal 1MDB semakin tenggelam, katanya “dengan China membeli aset utama 1MDB tahun lepas, skandal hutang yang berpunca daripada dana kekayaan berdaulat pseudo dihentikan.

“Malah, kedudukan politiknya kelihatan lebih selamat berbanding setahun lalu malah jika ia menjadi punca bekas perdana menteri Malaysia dan batu api Umno (Dr) Mahathir Mohamad menyertai pakatan pembangkang Pakatan Harapan pada Disember,” kata Wood dalam portal berita theindependent.sg Singapura. – 26 April, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen