Kementerian jangan ganggu UniMAP tangani isu kertas periksa, kata ahli akademik


Mustafa K. Anuar

KEMENTERIAN Pendidikan tidak patut campur tangan dalam hal Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menangani kontroversi kertas peperiksaan yang menyentuh isu hubungan kaum, kata pakar akademik.

Kata mereka tindakan tidak campur tangan amat penting bagi mengekalkan semangat autonomi universiti yang dipromosikan kementerian sendiri demi kebaikan bersama institusi pengajian tinggi negara ini.

Prof. Zaharom Nain dari Universiti Nottingham Malaysia berkata beliau bersetuju dengan idea semangat autonomi.

“Tetapi kita tidak boleh memiliki kedua-dua cara. Kawalan berpusat dengan kementerian mempunyai kuasa akhir, mungkin dilihat bagus bagi perkembangan progresif kementerian dengan dipimpin oleh kerajaan progresif.

“Tetapi bagaimanana jika ia menjadi sebaliknya seperti yang berlaku di bawah rejim Barisan Nasional (BN) selama puluhan tahun ini?

“Ya, ia boleh menjadi lebih teruk terutamannya jika universiti dipimpin oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mungkin ada agenda perkauman dan pemisah.”

“Jadi apa yang boleh dilakukan jika UniMAP sebagai contoh, tidak mengambil tindakan lanjut berhubung perkara ini?”

Zaharom berkata, jika tiada tindakan, maka pihak kementerian perlu mengambil tindakan pantas bagi menyiasat perkara itu. – 1 Januari, 2020.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen