Sekolah vernakular punca konflik antara kaum, dakwa mufti Perlis


Kongres Jawi yang dianjurkan kumpulan pendidikan Cina Dong Jiao Zong, Sabtu lalu dibatalkan susulan perintah mahkamah.– Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Disember, 2019.

KEMELUT antara masyarakat berbilang bangsa di negara ini tidak akan terhenti selagi pendidikan vernakular dibenarkan untuk diteruskan, kata Mohd Asri Zainal Abidin.

Mufti Perlis itu berkata demikian menerusi posting di Facebooknya beberapa hari selepas polis menghentikan kongres Jawi yang dianjurkan kumpulan pendidikan Cina Dong Jiao Zong, Sabtu lalu.

“Selagi sekolah vernakular yang tidak berbahasa kebangsaan tidak dihapuskan dalam negara ini, selagi itulah kemelut pergeseran dan kebiadapan antara kaum tidak akan berhenti.

“Hendaklah kita semua bersatu dan melupakan perbezaan antara kita dalam mengembalikan kekuatan negara dengan kuasa politik yang menjanjikan ketegasan dalam menghadapi kebiadapan ini,” tulisnya tanpa merujuk kepada mana-mana kaum atau kongres yang dihalang oleh polis.

Polis mendapatkan perintah mahkamah untuk menghentikan kongres berkenaan selepas kumpulan Melayu mengancam untuk mengadakan perhimpunan bagi menyokong pengenalan subjek itu di sekolah Cina dan Tamil tahun depan. – 30 Disember, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen