Paling kurang Dr Mahathir perlu minta maaf


Muzliza Mustafa

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pernah berkata kebanyakan mereka yang ditahan dalam Operasi Lalang adalah orang yang baik, mengakui beliau mengancam mereka untuk memenangi pilihan raya.– Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Oktober, 2017.

WALAUPUN menegaskan beliau bukan dalang disebalik Operasi Lalang, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad perlu memikul tanggungjawab kerana menekan, ketidakadilan dan penipuan yang menyelubungi penangkapan polis 30 tahun lalu, kata bekas tahanan dan ahli keluarga mereka. 

Dr Anne Munro-Kua, yang merupakan isteri kepada Kua Sia Koong yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Operasi Lalang, berkata masyarakat tidak boleh benarkan Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri ketika itu, membuktikan dirinya tidak bersalah dengan peranannya dalam penahanan besar-besaran terhadap ahli politik pembangkang, aktivis dan ahli akademik. 

“Ops Lalang terang-terangnya dirancang. Saya masih marah…saya marah dengan tahap ketidakadilan dan penipuan dan beliau tidak perlu minta maaf, saya kagum,” kata Anne pada majlis memperingati ulang tahun ke 30 Ops Lalang. 

“Itulah yang paling kurang dari seorang manusia kepada manusia yang lain.”

Kua, yang merupakan bekas ahli Parlimen DAP, merupakan salah seorang daripada 106 orang yang ditahan kerana disyaki memberi ancaman kepada keselamatan negara. Beliau mengulangi permintaannya bahawa Dr Mahathir perlu bertanggungjawab terhadap Ops Lalang. 

Bagi Tania Jo Maliamauv, kesengsaraan yang dialami dari Ops Lalang jelas terpahat di memorinya walaupun tiada seorang pun ahli keluarganya ditahan dalam operasi itu.

Ibunya, mendiang Irene Fernandez, merupakan salah seorang pengasas kumpulan sokongan kepada ahli keluarga tahanan Ops Lalang.

Di kala kanak-kanak berusia enam tahun yang lain belajar mengenali abjad, perkataan pertamanya adalah “tahanan tanpa bicara”, kata Tania. 

Dia juga sering melihat “lukisan yang dilukis rakan saya kerana ibu bapanya dalam tahanan”.

Walaupun Fernandez, yang juga pengasas kumpulan hak asasi manusia Suaram dan kumpulan hak asasi Tenaganita, tidak pernah ditahan, keluarganya hidup dalam ketakutan. 

“Kami difahamkan, bila-bila masa sahaja ibu saya boleh ditahan. Pada masa itu, mereka boleh datang pada sesiapa sahaja, Jadi wujudnya ketakutan,” katanya. 

Tania berkata Dr Mahathir perlu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kerana beliau adalah dalang di sebalik Ops Lalang. 

“Saya rasa Dr Mahathir gagal untuk menyedari bahawa, beliaulah di sebalik tekanan di negara ini. Beliau sudah menjadi perdana menteri ketika saya dilahirkan. 

“Kita ada Proton dan Menara Berkembar dan ya, secara simboliknya, banyak yang beliau lakukan tetapi kita gagal untuk menyedari beliau banyak menekan ketika pentadbirannya, menyakiti ramai orang dan meletakkan ramai orang dalam penjara.

“Dr Mahathir perlu memohon maaf. Tiada jalan lain mengenainya.

“Beliau boleh katakan sekarang beliau sudah berubah. (Tetapi) beliau tetap perlu memohon maaf kepada individu bukan institusi. Sekiranya beliau sudah berubah, beliau perlu memohon maaf,” katanya.

Turut hadir pada sesi perkongsian itu adalah Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, Chong Ton Sin, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah.

Dr Chandra Muzaffar, yang juga pernah ditahan di bawah ISA pada temu bual dengan The Malaysian Insight berkata, permohonan maaf Dr Mahathir tidak memenui apa-apa tujuan.

“Saya mencadangkan bahawa Dr Mahathir menjadi introspektif dan melihat dirinya dan kerjayanya - baik buruk yang pernah beliau lakukan,” katanya.

Beliau juga berkata, tiada sebarang kebencian terhadap Dr Mahathir.

“Ada sesetengah orang masih mahu bawakan luka itu, tapi saya rasa itu bukan caranya,” katanya.

Dr Mahathir pernah berkata kebanyakan mereka yang ditahan dalam Operasi Lalang adalah orang yang baik, mengakui beliau mengancam mereka untuk memenangi pilihan raya.

“Ketika saya dalam kerajaan, saya kalahkan mereka kerana saya mahu menang pilihan raya. Tetapi mereka tidaklah sejahat yang saya buatkan mereka.

“Kini saya bersama-sama mereka. Dan saya menjadi rapat dengan mereka,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak memberi sebarang petunjuk bahawa beliau akan memohon maaf kepada mereka yang rapat denganya, walaupun isu itu sudah banyak kali dibangkitkan sebelum ini.  – 28 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen